SMK Damansara Utama Kluster Kecermelangan

SMK Damansara Utama Kluster Kecermelangan

SMKDU Membanteras Dadah


Visi ;
Sekolah Bebas Dadah

Misi ;
Melahirkan pelajar bebas dadah melalui perlaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang mantap dan berkesan dalam memastikan sekolah bebas daripada dadah .

Objektif ;

Menyediakan satu pusat ekses maklumat lengkap beraitan dengan Program Pendidikan Penceahan Dadah di sekolah .

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah dalam kalangan murid secara sistematik dan berkesan .

Menjadi bilik gerakan kepada perancangan dan perlaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah .

Menjadi tepat interaksi murid-murid dalam usaha membangunkan sahsiah diri mrid yang cemerlang .

Melibat dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha penyalahgunaan dadah .


Sunday, September 12, 2010

APAKAH FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA SALAHGUNA DADA


Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikan atas penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah seperti berikut:-
    1. Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.
    2. Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.
    3. Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
    4. Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
    5. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
    6. Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa.
    7. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.
    8. Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya.
    9. Kerana keporak perandaan rumahtangga.
    10. Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak.
    11. Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya.
    12. Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk menjalankan pengaruhnya.
    13. Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama.

0 comments:

Post a Comment