Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada 'drug', perkataan 'use', 'misuse' atau 'abuse' perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan 'drug'. Contohnya 'drug abuse' atau 'misuse of drug' yang membawa maksud penyalahguanaan dadah.
Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna aoabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, sesorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.
Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti 'paracetamol' dan 'antibiotic' membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai 'caffeine'. Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada iniduvidu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.
Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini dalam AKta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahguanaan dadah seumpama ini. Jenis dadah seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan 'ectasy diambil untuk mengubah perasaan dan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai "dadah yang disalahguna".

0 comments:
Post a Comment